Hubungan dengan biologi semula jadi dan patologi Titisan sel terabadi

Terdapat pelbagai jenis titisan sel terabadi. Sebahagian daripadanya adalah titisan sel normal (contohnya yang berasal dari sel induk). Titisan-titisan sel terabadi lain pula adalah setaraf dengan sel-sel kanser dalam keadaan in vitro. Kanser berlaku apabila sel somatik yang tidak dapat membelah secara biasa mengalami mutasi yang menyebabkan penyahkawalan kitaran sel normal sehingga menyebabkan percambahan sel yang tidak terkawal. Titisan-titisan sel terabadi telah mengalami mutasi serupa yang memungkinkan sejenis sel tertentu yang biasanya tidak dapat membelah menjadi berupaya untuk membiak secara in vitro. Asal-usul beberapa titisan-titisan sel abadi, misalnya sel manusia HeLa, berasal dari barah semula jadi. Sel HeLa yang merupakan titisan sel manusia abadi yang pertama, diambil dari Henrietta Lacks (tanpa izin maklum [1] ) pada tahun 1951 di Johns Hopkins Hospital di Baltimore, Maryland.